Ahmad Zahid tunggu surat rasmi - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid tunggu surat rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya akan memutuskan sama ada untuk menerima atau menolak pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selepas menerima surat rasmi daripada kerajaan.

Beliau berkata, secara lazimnya, Pengerusi PAC akan dilantik dari kalangan parti pemerintah manakala timbalannya pula dari parti pembangkang.

“Saya akan mengadakan rundingan dengan rakan-rakan di dalam UMNO dan Barisan Nasional serta PAS yang turut berada dalam blok pembangkang.

“Kebiasaannya, seramai empat orang akan dilantik ke PAC dan oleh kerana saya hanya membaca laporan media dan tidak menerima tawaran rasmi, saya akan mengambil tindakan setelah tatacara mengikut kelaziman amalan Parlimen telah diterima,” katanya di lobi Parlimen di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN