Ahmad Zahid lantik 11 ahli MT UMNO - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid lantik 11 ahli MT UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan pelantikan 11 ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Katanya, pelantikan itu dilakukan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO.

Pengumuman itu menyaksikan bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa diberi tanggungjawab untuk menggalas jawatan setiausaha agung menggantikan tempat Datuk Seri Adnan Tengku Mansor yang dilantik sebagai bendahari.

Selain Annuar dan Tengku Adnan, Ahmad Zahid turut melantik bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengisi jawatan tersebut.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah pula dilantik sebagai ketua penerangan menggantikan tempat Annuar.

Menurut Ahmad Zahid, lantikan itu merupakan langkah pertama UMNO untuk menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN