Ahmad Zahid bakal dilantik Pengerusi PAC? - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid bakal dilantik Pengerusi PAC?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) mungkin ditawarkan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming ketika membayangkan perkara tersebut berkata, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat akan berbincang dan membangkitkan perkara itu dalam pertemuan mingguan de­ngan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Khamis ini.

Menurut beliau, tawaran kepada Ahmad Zahid itu adalah bagi memenuhi manifesto Pakatan Harapan untuk melantik Ketua Pembangkang sebagai Pengerusi PAC.

“Kena tanya Ahmad Zahid,” katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada Ahli Parlimen Bagan Datuk itu akan menerima jawatan tersebut atau tidak.

Terdahulu, Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Bersama Editor-Editor Media di bangunan Parlimen, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN