IPOH 25 Julai – Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) mengumumkan Naib Presidennya, Abdul Aziz Yeop Jamaludin sebagai Setiausaha Agung Pafa yang baharu menggantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian namun bekas pemain kebangsaan itu kekal sebagai Pengurus pasukan. Presiden Pafa, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim berkata, Pafa berpendapat jawatan Setiausaha Kehormat dan Pengurus pasukan perlu dijawat oleh dua individu berbeza. Menurutnya, ini memandangkan peranan berbeza yang dimainkan untuk kedua-dua jawatan tersebut. “Pafa memerlukan…










