Ahmad Faizal pertahan pengiktirafan UEC - Utusan Malaysia

Ahmad Faizal pertahan pengiktirafan UEC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Julai – Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu menegaskan kerajaan boleh mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dengan syarat mereka yang mendudukinya mempunyai sekurang-kurangnya kredit dalam bahasa Melayu.

AHMAD FAIZAL AZUMU
AHMAD FAIZAL AZUMU

Beliau berkata syarat tersebut amat penting kepada seluruh rakyat di negara ini, khususnya bagi penjawat awam untuk berbicara, menulis dan membaca dalam bahasa Melayu.

Sehubungan itu, beliau menganggap pemegang kelayakan UEC tidak perlu dikongkong oleh mana-mana pihak bagi mendapat peluang sewajarnya untuk bertugas sebagai penjawat awam.

“Saya fikir saya perlu berjumpa dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bagi menerangkan mengenai pendirian kerajaan mengenai perkara ini yang sebenarnya telah diputuskan dan dijanjikan oleh Pakatan Harapan sewaktu kami berkempen pada pilihan raya lalu.

“Maka, janji kita kepada orang ramai perlu kita tunaikan dan saya fikir, ramai yang memahami maksud sebenar perkara tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Ahmad Faizal diminta mengulas kenyataan Harussani pada hari ini yang melahirkan rasa dukacita sekiranya UEC diiktiraf kerana ia membuka ruang cukup besar kepada kaum lain untuk menimbulkan semangat perkauman yang boleh merosakkan suasana harmoni di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN