Ahli Parlimen kaki ponteng, hilang ke mana? - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen kaki ponteng, hilang ke mana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMASA pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dahulu, rakyat sudah membangkitkan isu Ahli Parlimen ‘ponteng kerja’ tidak hadir Sidang Dewan Rakyat tanpa alasan kukuh.

Baru beberapa hari Dewan Rakyat bersidang, jemaah Kabinet dan Ahli Parlimen kerajaan Pakatan Harapan juga nampaknya bersikap serupa sedangkan dahulu mereka antara yang lantang membangkitkan isu ‘ponteng’ ini.

Yang di-Pertuan Agong sudah cakap, ‘Duduk dan jangan lari’. Ke mana Ahli Parlimen kerajaan ‘lari’? Kalau orang kerja pejabat ponteng begini pasti dikenakan tindakan termasuk potong gaji, surat tunjuk sebab atau dibuang kerja.

Ahli Parlimen gaji berbelas ribu ringgit sebulan, takkanlah suruh duduk dalam Dewan Rakyat untuk 20 hari satu sesi pun susah? Bukannya perlu bersidang setiap hari sepanjang tahun pun.

Jemaah menteri mungkin ada mesyuarat, mungkin yang lain ada kecemasan atau cuti sakit tetapi tidak mungkin sampai habis ‘licin’ kosong barisan kerusi ahli Parlimen kerajaan?

Harap ada ketetapan potong gaji dan elaun mana-mana ahli Parlimen yang ponteng tanpa sebab atau tidak hadir sidang penuh (balik awal) tanpa alasan munasabah.

Kata hutang negara RM1 trilion siap buka tabung untuk rakyat menderma. Bayar gaji buta ahli Parlimen kaki ponteng juga beban tambahan hutang negara, baik buang sahaja golongan ini.

Jangan ingat rakyat tidak nampak apa kamu buat. Saya sarankan pengurusan Parlimen rekodkan kehadiran wakil rakyat termasuk mereka yang balik awal sebagai rekod terbuka kepada orang ramai.

Jika Parlimen tidak ‘mampu’ menyediakan rekod kehadiran ini, mohon mana-mana persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan menjadi badan pemantau sebagai report laporan setiap wakil rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

KARIM RAZALI

Titiwangsa, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN