Ahli Parlimen Bukit Gelugor diarah keluar dewan, dakwa Pemuda UMNO samseng - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Bukit Gelugor diarah keluar dewan, dakwa Pemuda UMNO samseng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat pada hari pertama semalam tertunda lebih satu jam ekoran tercetus kekecohan apabila Ahli Parlimen pembangkang berang dengan seorang penyokong kerajaan yang didakwa menuduh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai samseng dan gengster.

Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mendesak Ramkarpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) menarik balik dakwaan tersebut tetapi beliau enggan berbuat demikian.

Keadaan semakin tegang apabila Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mendakwa Ramkarpal yang sebenarnya ialah samseng.

“Macam mana saya nak tarik balik perkataan samseng, dia (Ramkarpal) memang samseng.

“Bukit Gelugor tarik balik perkataan gengster, tuduh Pemuda UMNO yang samseng,” jelas Bung Moktar.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon kemudiannya meminta Ramkarpal menarik balik dakwaan itu.

Namun Ramkarpal berkeras tidak mahu menarik balik kenyataan yang dikeluarkan beliau.

“Saya tidak pernah panggil Pemuda UMNO gengster. Saya tidak akan tarik balik,” kata Ramkarpal.

Rashid meminta semua Ahli Parlimen duduk dan memberi ruang kepada Datuk Johari Abdul (BN-Sungai Petani) untuk meneruskan perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Sesiapa yang tidak duduk, boleh keluar,” jelas Rashid.

Dalam pada itu, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) meminta Speaker Dewan Rakyat membuat keputusan bagi mengelakkan kekecohan itu berterusan.

Rashid kemudiannya meminta Ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan keputusannya itu supaya keluar daripada dewan dan menangguhkan sidang Dewan Rakyat sehingga sesi petang.

Sejurus sidang Dewan Rakyat kembali bersidang pada sesi petang, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengarahkan Ramkarpal keluar daripada dewan kerana enggan menarik balik kenyataan kasar yang dikeluarkannya.

Kecoh perkataan samseng, sidang tertangguh lebih satu jam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN