Ahli Parlimen BN perlu buat laporan polis - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen BN perlu buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Ahli Parlimen pembangkang dari Barisan Nasional (BN) digesa buat laporan polis ke atas ahli Parlimen Kerajaan Pakatan Harapan ekoran tindakan wakil rakyat melanggar peraturan dalam soal perlantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ramesh Rao
Ramesh Rao

Pengarah Strategik Parti Alternatif Rakyat, Ramesh Rao berkata, ini kerana kerajaan Pakatan Harapan jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 4(1) yang menyebut satu makluman perlu diberikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat melalui surat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.

“Kerajaan pakatan ini jelas melanggar peraturan berkenaan kerana pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof hanya diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam sehari sebelum persidangan bermula, bukannya dalam masa 14 hari.

“Kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja hendak mempermainkan rakyat dengan pelbagai keputusan mengarut, keadaan ekonomi jatuh tetapi mereka kini dilihat seperti menghina Perlembagaan serta mempermainkan Parlimen,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN