Ahli Dewan Rakyat perlu patuh peraturan - Utusan Malaysia

Ahli Dewan Rakyat perlu patuh peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ahli Dewan Rakyat perlu mematuhi segala peraturan Parlimen.

Beliau menegaskan, sebagai pembangkang prinsip tersebut akan tetap dipertahankan.

“Ahli-ahli pembangkang hari ini juga telah menyuarakan bantahan dari segi proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang wajib berasaskan kepada peraturan mesyuarat.

“Saya ingin menegaskan bahawa semua ahli Dewan Rakyat perlu mematuhi segala peraturan Parlimen dan sebagai pembangkang, kami menegaskan bahawa ini satu prinsip yang akan tetap kami pertahankan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau juga telah mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Pekan hari ini ketika sidang Dewan Rakyat bermula.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN