SUATU ketika dahulu, nama pelakon, Afifah Nasir memenuhi dada akhbar tempatan. Kontroversinya dengan pelakon yang juga suami orang benar-benar memalit lumpur ke kanvas seninya.
Tapi itu kisah dahulu, tak perlu kita buka lagi lipatan sejarah. Bukan apa, kadang-kadang kita kena faham, ada segelintir artis yang kurang selesa bercakap tentang isu lepas.
Cuma artis pun kena faham, walau macam mana pun mereka cuba menutup kisah-kisah panas seperti itu, sedikit sebanyak orang masih bercakap. Cuma tidaklah sehangat dahulu.
Berbalik kepada pelakon wanita yang juga adik kepada Anzalna Nasir itu, baru-baru ini pihak media meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila tidak dapat menemu bual pelakon tersebut usai sebuah majlis.
Poklip sendiri pun sebenarnya menunggu juga waktu sesuai untuk menemu bual Afifah tetapi dia kelihatan sibuk mengambil gambar dengan peminat. Jadi kita bagi peluang dia bergambar dahulu.
Namun apabila dia didekati rakan media untuk sesi temu bual, Afifah memberi alasan dia perlu bergegas pergi dengan alasan terpaksa menemani kakaknya ke satu mesyuarat.
Ada rakan wartawan yang cuba memujuk untuk memberi masa lima minit untuk temu bual, namun Afifah dikatakan tetap memberi alasan sama. Kalau begitu kisahnya, kita nak buat macam mana, kan?
Cuma ada pihak mendakwa Afifah dikatakan dilihat beberapa kali berhenti untuk mengambil gambar dengan peminat yang hadir. Takkan temu bual lima minit pun tak boleh tapi bergambar boleh?
Poklip tak mahu cakap lebih-lebih tapi ada juga rakan media mendakwa Afifah lari kerana takut ditanya isu lama. Yalah, orang kata luka lama tak perlu disebut-sebut lagi.
Macam inilah, kita sama-sama kerja dalam industri. Tak semestinya kita mahu korek kisah lama sahaja. Lagipun bosanlah asyik bercakap tentang kontroversi seperti itu. Kita nak tanya perkembangan seni dan banyak lagi soalan bermanfaat. Tak gitu?
SOLOK LADA: Dengar cerita ada artis sanggup menyunting gambar supaya tampil kurus dan lebih cantik semata-mata untuk mempromosikan produk. Ala, nak tipu pun kalau jumpa berdepan, lain juga rupanya. Senang betul peminat dipermainkan.










