ADUN Batu Tiga, Rodziah tawar diri jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Nasional  - Utusan Malaysia

ADUN Batu Tiga, Rodziah tawar diri jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Nasional 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nasional bagi sesi pemilihan parti itu bulan depan. 

Menurut Rodziah, sebagai sebuah parti yang terbuka untuk semua ahli bertanding, beliau menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan tersebut atas nama demokrasi.

“PKR adalah sebuah parti yang membuka peluang untuk semua ahli, dari ahli biasa hingga ke pucuk pimpinan untuk bertanding sebarang jawatan.

“Kita mempunyai 300,000 ahli di seluruh negara dan setiap ahli di dalam PKR boleh menawarkan diri untuk bertanding hingga ke jawatan Presiden sekali pun,”katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Sukaneka Perpaduan Labalisis-CIAST di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah CIAST, Mohamad Abdullah dan Pengerusi Penduduk Fasa 3 Seksyen 23, Arif Abdullah.

Ketika ini jawatan tersebut digalas Haniza Talha. Difahamkan Haniza akan bertanding jawatan Ketua Wanita PKR pada pemilihan bulan depan.

Mengulas mengenai persaingan pucuk pimpinan PKR beliau berkata, di bawah pentadbiran Malaysia Baharu, Kerajaan Pakatan Harapan sentiasa membuka ruang kepada demokrasi seluas-luasnya.

“Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, PKR tidak menghalang mana-mana ahli untuk bertanding sebarang jawatan. Saya sendiri akan mengadakan pertemuan petang ini untuk menawarkan diri menjadi Timbalan Ketua Wanita PKR Nasional, “katanya.

Rodziah yang juga Exco Pembangunan Usahawan Selangor menjelaskan, pihaknya akan membuat perancangan bagi memastikan Kerajaan Negeri Selangor akan lebih fokus kepada industri kecil berbanding industri berat pada masa depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN