KANGAR 30 Julai – Adinda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Muhammad Fakhry Petra memenangi bidaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan RY1 dengan nilai RM402,000. Harga berkenaan walau bagaimanapun gagal mengatasi rekod harga bidaan nombor plat RR6 yang merupakan harga tertinggi sebelum ini pada nilai RM459,800 yang dikeluarkan pada tahun lalu. Nombor pendaftaran kenderaan RY menjadi tumpuan kerana merupakan siri terakhir dua huruf di negeri ini. Plat kedua tertinggi dibida adalah RY9…










