Adik ADUN Balakong ucap terima kasih - Utusan Malaysia

Adik ADUN Balakong ucap terima kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Adik kepada mendiang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee yang maut dalam kemalangan tengah malam tadi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas ucapan takziah kepada abangnya.

Menurut Jeffry Ng, 38, dia juga mengucapkan terima kasih kepada DAP Selangor kerana membantu melancarkan urusan pengebumian abangnya itu.

“Saya hanya boleh ucapkan terima kasih dan selain daripada itu saya tidak boleh ulas,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Serdang, dekat sini hari ini.

Turut kelihatan isteri dan semua ahli keluarga mendiang yang menanti proses bedah siasat selesai.

Difahamkan, mayat akan dibawa ke tanah perkuburan Xiao En, Jalan Kuari, Cheras, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam tadi. Tien Chee yang berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail dipandunya melanggar bahagian belakang sebuah lori pencuci jalan milik syarikat konsesi lebuh raya Grand Saga.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd.Yussof dilapor mengesahkan kejadian tersebut selain memaklumkan Tien Chee dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kajang.

Mendiang difahamkan meninggal dunia di tempat kejadian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN