Adam Corrie dedah bakal timang anak lelaki - Utusan Malaysia

Adam Corrie dedah bakal timang anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Adam Corrie mendedahkan dia dan isterinya, Fazema Mohd. Fuad bakal menimang cahaya mata sulung lelaki selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Pendedahan itu dibuat Adam Corrie, 50, di akaun Instagramnya semalam.

“Siapa sangka umur kita sudah 50 tahun dan bidadari saya 40 tahun, syukur baru dapat zuriat pertama. Semuanya kehendak dan dengan izin Allah. Usaha, doa dan tawakal pada Allah,” tulis Adam Corrie.

Bagaimanapun Adam Corrie belum mengumumkan nama penuh anaknya kerana isterinya masih belum melahirkan anak. Pelakon itu sebaliknya hanya menggelar anak yang bakal lahir dengan nama baby Lee.

“Nama penuh? Nantilah kerana belum lahir lagi. Guru saya sarankan umum pada hari ketujuh selepas dilahirkan,” tulisnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN