A. Aida sah bergelar isteri buat kali keempat - Utusan Malaysia

A. Aida sah bergelar isteri buat kali keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 21 Julai – Pemilik syarikat produksi A. Aida Productions, Datuk Zaidah Awang atau lebih dikenali sebagai A. Aida, 47, sah bergelar isteri kepada Ariff Aziz, 29, dengan dua kali lafaz tepat pada pukul 9.00 malam hari ini.

Bertempat di sebuah hotel di ibu kota, pernikahan antara Ariff atau nama sebenarnya Wan Izma Ariff Abd. Aziz dan Aida disempurnakan oleh Imam 2 Masjid Darul Ehsan, Mohammad Imran Nasohah berserta mas kahwin sebanyak RM300.

Ariff yang merupakan pelakon Isteri Untuk Diiktiraf turut menyerahkan wang hantaran berjumlah RM20,000 serta tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak pengantin perempuan.

Kedua-dua pasangan kelihatan cantik menggayakan busana pernikahan serba putih tajaan Butik Citra, manakala solekan pula ditaja oleh Epie Temerloh.

Ariff dan Aida mula berkenalan sejak tiga tahun lalu pada 2015 sewaktu aktor terbabit membintangi salah sebuah drama terbitan produksi milik penerbit berkenaan.

Terdahulu, Aida pernah melalui tiga perkahwinan termasuklah bersama vokalis kumpulan Spring, Ameng yang merupakan suami pertamanya.

Dia juga dikurniakan tiga cahaya mata menerusi perkahwinan pertama dan kedua. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN