67 anak-anak yatim diraikan di Zoo Negara - Utusan Malaysia

67 anak-anak yatim diraikan di Zoo Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Sebanyak 67 kanak-kanak yang merupakan penghuni asrama anak yatim dan miskin dari Pusat Jagaan Budaya Harapan (PJBH), Taman Saujana Rawang dibawa melawat Zoo Negara oleh Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia (MBDA), di sini hari ini.

Mereka yang berusia empat tahun sehingga 16 tahun itu menghabiskan masa hampir satu hari di Zoo Negara dan mengalami pelbagai pengalaman yang seronok dan mengujakan di situ.

Presiden MBDA, Bon Zainal berkata, “Program Sayang MDBA bersama-sama dengan anak yatim” ini merupakan kali pertama di adakan oleh persatuan sebagai komitmen mereka terhadap masyarakat.

“Selalu kita adakan program membeli belah persiapan Hari Raya atau berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

“Tetapi kali ini, apabila kita tanya, mereka kata hendak pergi ke Zoo Negara sebab seumur hidup tidak pernah dibawa ke sini. Jadi, Alhamdulillah pada hari ini hasrat anak-anak yatim ini berjaya kita penuhi dan mereka kelihatan sangat gembira,” katanya.

Beliau ditemui di Program Sayang MDBA meraikan anak-anak yatim di Zoo Negara di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden MBDA, Rasta Rashid dan Penolong Pengurus PJBH, Tasneem Yassin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN