6 kilang Kuala Langat ditutup - Utusan Malaysia

6 kilang Kuala Langat ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Kerajaan Selangor semalam menutup enam daripada 35 buah kilang kitar semula ha­ram yang beroperasi di daerah ini kerana mengancam kesihatan 300,000 penduduk di sini ekoran terpaksa menghidu asap daripada aktiviti memproses sisa plastik yang diimport dari serata dunia.

Pengerusi Jawatan­kuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pemba­ngunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han berkata, enam buah kilang yang semuanya terletak di Jenjarom ditutup dalam operasi bermula pada pukul 10 pagi hingga pukul 5 petang melibatkan 100 anggota penguat kuasa (PBT) daripada pelbagai agensi.

“Mengikut maklumat rasmi kerajaan negeri, Kuala Langat mempunyai 35 buah kilang kitar semula sisa plastik namun ha­nya tiga daripadanya mempu­nyai lesen bagi operasi tersebut,” kata beliau selepas operasi di enam buah kilang itu.

Menurut beliau, selepas ope­rasi semalam, pihaknya dan PBT agensi lain yang terlibat akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi me­rancang operasi dan sete­rusnya sekali gus menutup semua kilang haram di daerah tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN