KUALA LUMPUR 22 Julai – Seramai 50 orang terdiri daripada pelajar dan komuniti setempat terlibat dalam Program Jangkauan Awam Fasa 5 Sungai Nadi Kehidupan (RoLPOP 5) Walk-Learn-Share anjuran Pusat Alam Sekitar Global (GEC) di sekitar Masjid Jamek berhampiran Sungai Klang di sini. Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Md. Khairi Selamat berkata, program yang turut melibatkan orang awam itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat kepentingan mengurangkan pencemaran…










