5 September bantahan awal petisyen DUN Tahan - Utusan Malaysia

5 September bantahan awal petisyen DUN Tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 16 Julai – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 5 September ini bagi mendengar bantahan awal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin terhadap petisyen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang difailkan oleh bekas ADUN Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kerusi berkenaan.

Hakim Datuk Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu pada prosiding dalam kamar dan turut meminta bantahan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam prosiding itu, Azizah turut menetapkan 8 hingga 25 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan sekiranya mahkamah menolak bantahan dikemukakan Mohd. Zakhwan.

Wan Amizan yang diwakili peguam Datuk Ng See Teong dan Ravi Neekoo memfailkan petisyen itu pada 18 Jun lalu bagi memohon mahkamah mengarahkan jumlah undi rosak dikira semula. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN