KOTA BHARU 21 Julai – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini mempunyai seramai 40,000 ahli di seluruh negeri ini. Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, jumlah itu meningkat mendadak berbanding hanya kira-kira 10,000 ahli menyertai parti itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). “Jumlah ahli terkini di Kelantan seramai 40,000 orang, sampai hari ini tidak cukup borang untuk ahli baharu mendaftar termasuk bekas Ketua Cawangan…










