4 anggota cedera trak polis terbalik - Utusan Malaysia

4 anggota cedera trak polis terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 27 Julai – Seramai tujuh individu merupakan orang kena tahan (OKT) cedera ringan selepas trak polis yang membawa mereka terbalik di selekoh simpang masuk Mahkamah Klang di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, turut cedera adalah empat anggota polis yang merupakan pengiring OKT tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, anggota pengiring daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara seramai tujuh orang dengan menaiki dua buah jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan empat anggota di dalam trak tersebut mengiringi 23 OKT.

“Setibanya di selekoh mahkamah, trak dipandu terbalik, namun semua yang berada di dalam kenderaan ini berjaya dikeluarkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tujuh OKT termasuk seorang wanita mengalami kecederaan ringan. Malah, empat anggota polis pengiring turut cedera sementara yang lain hanya terdapat kesan calar di beberapa bahagian badan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Samsul Amar, OKT yang cedera ringan menerima rawatan biasa di mahkamah tetapi pemeriksaan kesihatan akan diadakan selepas selesai proses di mahkamah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN