KLANG 27 Julai – Seramai tujuh individu merupakan orang kena tahan (OKT) cedera ringan selepas trak polis yang membawa mereka terbalik di selekoh simpang masuk Mahkamah Klang di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, turut cedera adalah empat anggota polis yang merupakan pengiring OKT tersebut. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, anggota pengiring daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara seramai…










