37,986 kes HFMD di seluruh negara - Utusan Malaysia

37,986 kes HFMD di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Sejumlah 37,986 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara sehingga hari ini.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan menyebut daripada jumlah tersebut 1,093 kes merupakan wabak.

HFMD menyebabkan 539 premis tadika dan pra sekolah di seluruh negara ditutup. Sebanyak sembilan buah sekolah turut ditutup iaitu tujuh di Pulau Pinang serta masing-masing satu di Pahang dan Sabah.

Kementerian Kesihatan menasihatkan rakyat untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan mengelak membawa anak-anak ke tempat tumpuan ramai seperti pasar raya, pasar malam atau taman permainan.

HFMD boleh menyebabkan komplikasi termasuk dehidrasi, encephalitis (radang otak), kegagalan jantung dan sistem pernafasan, dan paling teruk boleh menyebabkan kematian

HFMD biasanya bermula dengan demam, rasa tidak sihat disusuli kurang selera makan. Dalam masa sehari dua, luka atau ulcer di mulut akan muncul.

Kanak-kanak akan mengalami ruam merah pada tapak tangan atau celah jari yang mungkin melepuh. Ruam boleh terjadi di lutut, siku atau bahagian bawah badan kanak-kanak. Ruam merah biasanya tidak menyebabkan kegatalan.

Kekeringan badan atau dehidrasi mudah terjadi kepada pesakit disebabkan sebilangan kanak-kanak menjadi kurang selera makan dan minum akibat sakit mulut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN