MERIAH. Seramai 35 ahli Taman Wilayah Cycling Club (TWCC) menyambut Aidilfitri di Taman Wilayah Selayang, Batu Caves, Selangor baru-baru ini.
Kelab berbasikal itu menyediakan pelbagai juadah hari raya bagi meraikan bulan Syawal bersama-sama ahli dan keluarga masing-masing.
Majlis yang diadakan setiap tahun tersebut bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan peminat sukan berbasikal selain dapat berbincang mengenai aktiviti kelab pada masa hadapan.










