KUALA TERENGGANU 8 Julai- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengambil tindakan terhadap 344 penunggang di seluruh negeri atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Motosikal sempena musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini. Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, dalam operasi selama empat hari iaitu sebelum dan selepas hari raya, sebanyak 1,876 motosikal diperiksa, dan ketiadaan lesen memandu mencatatkan kes kesalahan tertinggi. “Bagaimanapun statistik tersebut menunjukkan penurunan berbanding 452 pada tahun lalu,”katanya dalam sidang akhbar pejabatnya di sini hari. Selain itu, beliau memberitahu, JPJ negeri turut mengadakan pemeriksaan bas di terminal melalui Ops Raya dari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya