KOTA BHARU 20 Julai – Tiga remaja lelaki direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes melempar ‘bom’ buatan sendiri sehingga merosakkan tingkap bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penambang di sini semalam. Dua daripada pelajar berusia 15 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di Kampung Mesira dan Kampung Sungai Keladi oleh sepasukan polis antara pukul 3.30 hingga 4.30 petang ini. Seorang lagi yang turut berusia 15 tahun…










