PASIR PUTEH – Taktik 25 nelayan warga Vietnam yang menyamar sebagai nelayan tempatan untuk menangkap ikan secara haram di perairan negara ini terbongkar apabila mereka ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Tok Bali di sini kelmarin.
Dua bot tersebut yang dicat menyerupai bot nelayan tempatan ditahan kira-kira pukul 1.30 petang kira-kira 67 batu nautika dari Kuala Tok Bali.
Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kesemua nelayan warga Vietnam yang ditahan itu berusia antara 17 hingga 56 tahun.
“Kedua-dua bot dikesan menangkap ikan menggunakan kaedah tunda ganding yang diharamkan digunakan di perairan negara.
“Kita berjaya menahan bot pertama manakala sebuah bot lagi bertindak melarikan diri daripada pemeriksaan namun berjaya dipintas APMM yang mengejarnya selama sejam,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










