2,016 graduan terima sijil dan diploma - Utusan Malaysia

2,016 graduan terima sijil dan diploma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI 15 Julai – Seramai 2016 graduan daripada 16 buah Kolej Komuniti Wilayah Timur menerima sijil dan diploma dalam Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti di Dewan Utama Universiti Malaysia Kelantan(UMK) kampus Jeli di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Nadi Corporation Holding, Tan Sri Dr. Mohd Nadzmi Mohd Salleh dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia, Profesor Tan Sri Dr. Mohd Ismail Abd Aziz.

Sementara itu, Mohd Ismail berkata, kesemua graduan adalah lulusan bagi bulan Februari, Jun dan Oktober 2017 dari Kolej Komuniti negeri ini, Pahang dan Terengganu.

“Tahniah saya ucapkan kepada kesemua graduan yang telah dan akan menerima sijil dan diploma masing-masing hari ini,” katanya.

Dalam majlis sama turut diadakan Majlis Menandatangani Sijil Koloborasi antara Kolej Komuniti Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selatan Thailand.

Sijil kolobrasi itu ditandangani oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Mohd Yusof Zakaria dengan Pengerusi Perancangan dan Persyarikatan Jawatankuasa Kecil Kolej Southern Border Provinces Thailand, Dr. Mahisorn Pattanaraj.

Mohd Ismail berkata, program kolaborasi itu diadakan mewujudkan kerjasama yang lebih erat dalam aktiviti perkongsian kepakaran dan rundingan latihan serta pertukaran pelajar dalam program keusahawanan.

“Program ini memperlihatkan impak positif kepada para pensyarah dan pelajar apabila berlaku perkongsian kemahiran antara kedua-dua negara tersebut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN