SHAH ALAM 24 Julai – Kira-kira 200 peserta terdiri daripada wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menghadiri Seminar Pengurusan Bangunan Berstrata. Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi MBSA, Shahrin Ahmad berkata, penganjuran seminar tersebut bertujuan memberi pendedahan secara menyeluruh kepada JMB, MC dan pemaju terhadap peranan dan tanggungjawab Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS). “Dalam seminar itu, prosedur pemfailan tuntutan…










