2 warga asing didakwa membunuh - Utusan Malaysia

2 warga asing didakwa membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG – Dua sahabat masing-masing war­ga Myan­mar dan India didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh pemandu Grab, Aiman Nosri (gambar kecil) yang mayatnya ditemui dalam kereta Perodua Myvi yang dipandunya pada bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pe­nga­kuan direkodkan daripada warga Myanmar, Sua Lay, 33, dan Gurpreet Singh, 23, yang merupakan warga India selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Sua Lay merupakan peme­gang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan bekerja sebagai penjual sayur di Pasar Borong Selayang manakala Gurpreet merupakan seorang kelindan lori.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama membunuh Aiman, 27, di tempat letak kereta di lorong belakang Blok C, Taman Selayang Makmur, Selayang Baru, Batu Caves di sini pada pukul 10.08 malam, 21 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Muhamad Amin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×