1MDB perjelas pelantikan Pengerusi Exco - Utusan Malaysia

1MDB perjelas pelantikan Pengerusi Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menjelaskan pelantikan Datuk Mohammad Faiz Azmi sebagai Pengerusi bagi Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang baru dibentuk adalah sebahagian daripada skop dan perkhidmatan yang disediakan oleh PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwC) kepada pihaknya.

Beliau mewakili PwC.

Dalam kenyataan, 1MDB berkata PwC sedang membantu lembaga pengarah dan Exco untuk memulihkan aset dan menguruskan hutang syarikat.

Pada 25 Jun, 1MDB berkata ia telah membentuk Exco untuk menguruskan syarikat, dengan Mohammad Faiz, Datin Rashidah Mohd Sies dan Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman sebagai anggota jawatankuasa itu.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN