19 maut nahas letupan - Utusan Malaysia

19 maut nahas letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JALALABAD 1 Julai – Satu letupan berlaku selepas satu jam Presidennya, Ashraf Ghani melawat sebuah bandar di timur Afghanistan sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 20 cedera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Gabenor Wilayah, Attaullah Khogyani memberitahu AFP bahawa 12 yang terbunuh adalah Sikh dan Hindu.

Sementara itu, jumlah kematian tersebut telah disahkan oleh Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish, sambil menambah serangan itu ‘kemungkinan besar’ dilakukan oleh pengebom berani mati.

“Saya dapat mengesahkan ada beberapa penduduk Afghanistan dalam kalangan orang yang cedera dan kami memeriksa sama ada mereka adalah antara yang terkorban” kata Danish kepada AFP.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN