1,578 perajurit muda tamat latihan di Pusasda - Utusan Malaysia

1,578 perajurit muda tamat latihan di Pusasda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 7 Julai – Seramai 1,578 perajurit muda lelaki berjaya menamatkan latihan Tentera Darat Siri 185/2017 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini sebentar tadi.

Mereka telah menjalani latihan asas meliputi pengetahuan serta pelbagai kemahiran ketenteraan selama enam bulan sejak 9 Disember tahun lalu.

Majlis perbarisan sempena tamat latihan itu telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim di padang kawad Pusasda di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dan para pegawai kanan Tentera Darat.

Sebanyak enam anugerah khas telah disampaikan oleh Zulkiple pada majlis itu iaitu Perajurit Muda Keseluruhan Terbaik kepada Mohd. Izwan Mohd. Yusof, 20; Muhamad Arif Zainuddin, 22, (Akademik Terbaik) dan Mohamad Saiful Rohaimie Rozeli, 19, (Kecergasan Jasmani Terbaik).

Turut menerima anugerah ialah Zulhazmi Hamdi, 24, (Kawad Terbaik) dan Mark Hayward Henry, 25, (Penembak Terbaik) manakala Kompeni Bravo telah meraih anugerah Kompeni Terbaik.

Majlis tamat latihan itu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 6,000 ahli keluarga yang datang dari seluruh negara bagi menyaksikan acara bersejarah bagi mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×