KUALA LUMPUR 7 Julai – Hari ini seramai 140 orang petugas haji termasuk 20 wakil media berlepas ke tanah suci bagi melaksanakan tanggungjawab memastikan perjalanan haji tahun ini berjalan lancar.
Bagi petugas media Utusan Malaysia, Nor Aziah Jaafar berkata, tahun ini lebih ramai wartawan wanita berpeluang untuk membuat liputan.
“Membuat liputan haji merupakan tugasan luar negara paling bermakna sepanjang karier sebagai seorang wartawan.
“Terima kasih kepada Lembaga Tabung Haji dan majikan, Utusan Melayu (M) Berhad kerana memberi kepercayaan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE










