12 penumpang cedera ringan bas ekspres langgar belakang lori - Utusan Malaysia

12 penumpang cedera ringan bas ekspres langgar belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI – Seramai 12 penumpang sebuah bas ekspres mengalami kecederaan ringan selepas bas dinaiki mereka itu merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 285.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat sini pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Ibrahim Mohd. Abd. Kadir berkata, kemalangan yang menyebabkan bahagian hadapan bas ekspres itu remuk teruk berlaku kira-kira pukul 10 pagi.

“Siasatan awal polis mempercayai kemalangan itu berlaku sewaktu lori berkenaan sedang bergerak terus di lorong tengah.

“Kemudian sebuah bas dari arah belakang yang sedang bergerak di lorong yang sama telah melanggar lori itu apabila tiba di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ibrahim berkata, kemalangan itu menyebabkan seramai 12 daripada 22 penumpang bas ekspres berkenaan mengalami luka dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bagi menerima rawatan.

Kata beliau, pemandu bas ekspres iaitu seorang lelaki berusia 48 tahun mengalami kecederaan pada kening, manakala lelaki berusia 65 tahun yang memandu lori terlibat tidak mengalami kecederaan.

Jelas beliau, baki seramai sepuluh penumpang bas ekspres terlibat yang tidak mengalami sebarang kecederaan menaiki bas ganti untuk sampai ke Seremban.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dibawah mengikut Peraturan 3(2)(A) LN 166/59,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN