MERIAH. Kira-kira 1,000 tetamu memeriahkan majlis sambutan Aidilfitri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diadakan di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang hadir bersama isteri, Puan Sri Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah.
Pada majlis itu, anggota TUDM bersama keluarga masing-masing beramah mesra sambil bermaaf-maafan sempena Aidilfitri.
Selain dijamu pelbagai hidangan, tetamu turut dihiburkan dengan dendangan lagu-lagu hari raya persembahan kumpulan kugiran TUDM.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran 32 anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Amal Asyura Sungai Buloh, Selangor.









