KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepadanya sebelum perbicaraan bermula. Difahamkan, kumpulan yang mula berkumpul sejak pukul 7.30 pagi itu, terdiri daripada ahli UMNO Pekan dan beberapa penyokong lain menggesa kerajaan membebaskan Najib. Ketua Puteri UMNO Pekan, Sida Tatiana Sariat berkata, pihak berkuasa tidak seharusnya menahan Najib tanpa mempunyai bukti yang kukuh. “Kalau beliau bersalah, tunjukkan bukti kukuh dan tidak perlu menahan beliau seperti ini. “Kami mahu pihak berkuasa bebaskan Najib, ahli lain…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya