100 hari tidak cukup kaji untuk hapus tol - Utusan Malaysia

100 hari tidak cukup kaji untuk hapus tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Cadangan untuk menghapuskan kutipan tol tidak boleh dimuktamadkan dalam masa 100 hari seperti yang digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH), demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata, kerajaan mempunyai keutamaan lain dari segi keperluan kewangan yang perlu ditangani buat masa ini.

Lagipun katanya, penghapusan tol melibatkan proses yang rumit dan pelbagai pihak.

“Kami telah memberikan beberapa cadangan dan idea (kepada kerajaan) tetapi, sebarang penyusunan semula tol adalah satu mainan campur tolak di mana seseorang perlu membuat pembayaran tidak kira sama ada ia menyediakan atau tidak keseimbangan antara pengguna dan peme­gang konsesi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi dan Kepimpinan 2018 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN