1 maut, 3 cedera dalam kemalangan libatkan bas ekspres - Utusan Malaysia

1 maut, 3 cedera dalam kemalangan libatkan bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 Julai – Seorang lelaki maut manakala tiga cedera termasuk seorang kanak-kanak selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kangkar Tebrau berhampiran Ulu Choh, Pontian, dekat sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 4.15 petang itu melibatkan mangsa, Wu Chan Kiong, 51, dari Senai di sini yang menaiki kereta Perodua Axia bertembung dengan sebuah bas ekspres.

Pelanggaran secara berhadapan itu mengakibatkan Chan Kiong tersepit sementara seorang kanak-kanak perempuan cedera dan dua lagi cedera ringan.

Difahamkan bas berkenaan dalam perjalanan Ulu Choh ke Johor Bahru dan kereta berkenaan pula dari Johor Bahru ke Ulu Choh.

Seramai sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Skudai dikejarkan ke tempat kejadian pukul 4.25 petang dan mangsa yang tersepit dikeluarkan sejam selepas itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN