KUALA LUMPUR – Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dilantik Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu menggantikan Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkuat kuasa hari ini. Majlis Serah Terima Tugas antara Zulkifli dan Raja Mohamed Affandi yang bersara wajib disaksikan oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu. Zulkifli, 59, pernah memegang jawatan Panglima Tentera Darat pada 2011 sebelum dilantik Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 2013. Anak kelahiran Port Weld, Perak itu memulakan khidmatnya dalam ATM pada 30 Januari 1978 dengan memasuki Rejimen Askar Melayu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya