Zeti sambut baik pelantikan Shamsiah sebagai Gabenor Bank Negara - Utusan Malaysia

Zeti sambut baik pelantikan Shamsiah sebagai Gabenor Bank Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyambut baik pelantikan bekas timbalannya, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus untuk mengetuai bank pusat itu.

Zeti berkata, pelantikan itu menandakan penghormatan yang diberikan kerajaan Pakatan Harapan kepada Bank Negara selaku sebuah institusi perbankan yang bebas.

“Ini adalah keputusan yang sangat baik oleh kerajaan. Ia mencerminkan penghormatan yang diberikan oleh kerajaan kepada bank pusat sebagai institusi penting.

“Shamsiah adalah bekas timbalan gabenor semasa saya berkhidmat dan dia tahu semua mengenai perbankan pusat. (Saya pasti) dia akan memulakan tugas dengan baik,” katanya ketika meninggalkan Menara Ilham di sini tengah hari tadi.

Ketika ditanya adakah beliau yang mencadangkan nama Shamsiah sebagai pengganti, Zeti sambil tersenyum berkata, ‘tiada komen’.

Agensi berita perniagaan, Bloomberg pagi tadi melaporkan Nor Shamsiah dinamakan sebagai Gabenor Bank Negara berdasarkan satu sumber jurucakap Perdana Menteri.

Setakat pukul 3 petang tadi belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubungan pelantikan tersebut. 

Nor Shamsiah bakal menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim yang meletak jawatan pada awal bulan ini.

Muhammad mengambil alih jawatan Gabenor Bank Negara daripada Zeti pada 1 Mei 2016 dan sepatutnya berkhidmat selama lima tahun. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN