KUALA LUMPUR 22 Jun – Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyambut baik pelantikan bekas timbalannya, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus untuk mengetuai bank pusat itu.
![]() |
|
Zeti Akhtar Aziz
|
Beliau memberitahu, pelantikan itu merupakan satu penghormatan yang diberikan kerajaan Pakatan Harapan kepada Bank Negara selaku sebuah institusi perbankan yang bebas.
“Ini adalah keputusan yang sangat baik oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita di Menara Ilham di sini hari ini.
Zeti yakin, Nor Shamsiah yang mempunyai pengalaman hampir 30 tahun berkhidmat di bank pusat itu dapat mengalas tugas dengan baik.
Ketika ditanya sama ada beliau yang mencadangkan nama Shamsiah untuk menjawat jawatan itu, Zeti berkata:
“No comment (tiada komen).” – UTUSAN ONLINE











