IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir telah keluar daripada kediaman rasmi Menteri Besar di Jalan Raja Dihilir di sini. Menteri Besar, Ahmad Faizal Uzumu bagaimanapun berkata, beliau tidak pasti tarikh sebenar Zambry meninggalkan kediaman rasmi itu. “Berdasarkan maklumat yang saya terima, Datuk Seri Zambry telah keluar dari kediaman tersebut dengan sepenuhnya. Cuma, saya belum berpindah ke kediaman itu kerana ada beberapa perkara yang belum selesai…










