Zahid alu-alukan keputusan Tengku Razaleigh - Utusan Malaysia

Zahid alu-alukan keputusan Tengku Razaleigh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan pengumuman Tengku Razaleigh Hamzah yang mengesahkan bakal bertanding merebut jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan yang bakal berlangsung 30 Jun ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Pre­siden UMNO dan menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO berkata, beliau berlapang dada dan berfikiran terbuka dengan keputusan veteran UMNO berkenaan dan berikrar akan menerima sesiapa sahaja yang menang meme­gang jawatan tertinggi parti berkenaan.

“Keputusan Tengku Razaleigh merebut jawatan Presiden UMNO juga membuktikan parti membuka semua jawatan dalam UMNO untuk ditan­dingi. Ini petanda UMNO lebih demokratik,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN