KUALA LUMPUR 28 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan berusaha membuktikan bahawa wang milik UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram. Pemangku Presiden itu turut berikrar, selagi memimpin UMNO, dia akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO. Berikut kenyataan penuh Ahmad Zahid: 1. UMNO akan memberikan…










