BARU sekitar lima bulan bergelar isteri kepada lelaki bernama Adam Sinclair, penyanyi yang menempa nama di Amerika Syarikat (AS), Yuna mengakui kehidupannya kini semakin bahagia dengan kehadiran seorang lelaki bergelar suami. Bagaimanapun, ditebak persoalan berkaitan perihal mendapatkan cahaya mata, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, 32, berkata, dia menyerahkan semuanya kepada urusan Tuhan, sementara ingin terus fokus mengembangkan sayap sebagai seorang penyanyi di bumi Uncle Sam termasuk di Malaysia.…










