KUALA LUMPUR 1 Jun – Keprihatinan terhadap golongan kurang bernasib baik terutama anak yatim dan fakir miskin merangsang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) memperkenalkan program Inspirasi Ramadan sejak tiga tahun lalu. Program bantuan dan sumbangan itu bukan sahaja berjaya meringankan beban golongan memerlukan malah menjadi landasan memupuk kerjasama antara Yapeim dengan pelbagai institusi di seluruh negara. Pengerusi Yapeim, Tan Sri Othman Mustapa berkata, sejak dimulakan pada 2016, program itu…









