KUALA LUMPUR 8 Jun – Kementerian Pengangkutan menggesa semua kerajaan negeri supaya mewujudkan portfolio pengangkutan bagi menguruskan isu-isu berkaitan pengangkutan di negeri masing-masing. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri besar dan ketua menteri dalam masa terdekat berhubung jawatan dan bidang tugas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu itu. “Selain masalah pengangkutan, jawatankuasa baharu itu antara lain akan meneliti isu-isu berkaitan keselamatan jalan raya,”…










