SEREMBAN – Seorang lelaki warga emas menemui ajal selepas kereta dipandunya dihempap tiang elektrik dan sebatang pokok dalam kejadian ribut di Jalan Leftenan Adnan dekat Tasik Seremban di sini, malam tadi. Dalam kejadian pukul 10.27 malam itu, mangsa, Ranandra Chaudhury, 74, yang tersepit di tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Myvi maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, polis menerima…










