BINTANGOR – Seorang penunggang motosikal yang juga warga emas maut selepas motosikal ditungganginya berlanggar dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Skim B, di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian pukul 6.30 pagi itu mengakibatkan mangsa, Baki Agok, 72, maut di tempat kejadian, manakala pembonceng, Menun Amirir, 67, patah kaki kanannya. “Kemalangan dipercayai berpunca apabila mangsa…










